TAHUKAH KAMU???
Kitar hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang betina dan pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan.
Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu baru lahir, bertelur dan membesar.
Apa itu Rama-rama?
- Rama-rama merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.
- Boleh terbang
- Mempunyai sayap
- Berwarna warni
- Berkaki enam
Perubahan tumbesaran rama-rama
Rama-rama membiak dengan cara bertelur.
Ibu rama-rama bertelur di permukaan bawah daun.
- Telur rama-rama menetas menjadi beluncas.
- Rupa beluncas tidak menyerupai ibunya.
- Beluncas makan daun. Beluncas kemudiannya berubah menjadi kepompong .
- Selepas beberapa hari, rama-rama keluar daripada kepompong.
- Rama-rama dewasa mendapat makanan dengan menghisap madu bunga.
Jom nyanyi
Lirik Lagu :
Dari ulat jadi kepompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Tiba masa kepompong pecah
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang melata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama.
Info Sains
Rama-rama melalui empat peringkat dalam hidupnya iaitu :
telur, larva, pupa dan dewasa. Kitar hidup rama-rama mungkin mengambil masa satu bulan atau satu tahun bergantung pada jenis rama-rama.
Kuiz
Uji Minda...
1. Kitaran hidup rama mempunyai __________kitaran sebelum
menjadi rama-rama.
2. Berapa lamakah tempoh masa untuk kitar hidup rama-rama?
________________
3. Rama-rama matang yang melakukan persenyawaan akan
menghasilkan apa?
__________________________
4. Dimanakah tempat beluncas menggantungkan diri?
_________________
5. Apakah peringkat kedua rama-rama?
_________________
Rujukan
youtube.video kitaran hidup rama-ram
youtube lagu kepompong dan rama-rama
Norfaizah Mohd Ali. Buku Sumber Dunia Sains dan teknonogi KSSR. Ilmu bakti
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat datang ke blog saya. sila beri pendapat dan pandangan. Terima kasih.
ReplyDeleteRama2 itu yg malam.. Kupu2 siang..
ReplyDeleteBagaimna sy mau kenalpasti mna satu rama2 betina dan jantanya. Kaedah apa yg harus sy gunakan?
ad berapa fasa rama2
ReplyDeleteadakah rama rama mempunyai ekor?
ReplyDeleteAnnyeonghaseyo,thank you.keep the good news !!!!
ReplyDeleteDimanakah habitat Rama Rama
Rama rama bertelur banyak ke sikit?
ReplyDelete